IKHLASlink Mediplan Secure Takaful Rider Melindungi ketidaktentuan kehidupan. Dengan IKHLASlink Mediplan Secure Takaful Rider, anda tidak perlu risau tentang kos penghospitalan dan perubatan apabila musibah melanda dan anda dimasukkan ke hospital. Pelan ini meringankan beban kewangan anda. Ini adalah rider Kemasukan ke Hospital dan Pembedahan (H&S) yang dijamin pembaharuan yang berunit deduktif dan boleh disertakan kepada pelan-pelan Takaful berkaitan pelaburan di mana Sumbangan Takaful adalah berkala.
Tuesday, 10 October 2017
IKHLASlink Secure Takaful
IKHLASlink Secure Takaful ialah pelan Takaful komprehensif yang berkaitan pelaburan di mana Sumbangan Takaful adalah berkala yang menggabungkan yang terbaik dari kedua-dua perlindungan dan pelaburan. Pelan ini menawarkan pakej holistik dengan rider-rider pilihan yang melindungi bidang kesihatan utama yang antaranya seperti penyakit kritikal, kemalangan peribadi, kemasukan ke hospital dan manfaat pembedahan. Selain itu, anda hanya perlu menyertai pada satu jumlah Sumbangan Takaful bagi menikmati pakej ini secara menyeluruh.
Monday, 9 October 2017
Kenali Takaful Ikhlas
Takaful Ikhlas Bhd (Takaful IKHLAS) telah diperbadankan pada 18 September 2002 dan merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad. Pada 5 Mei 2014, Syarikat menukar statusnya menjadi syarikat awam, Takaful Ikhlas Berhad.
Syarikat terlibat terutamanya dalam penyediaan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam yang berlandaskan prinsip dan hukum Syariah. Takaful IKHLAS telah mengukuhkan kehadirannya dalam penyediaan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan sistem takaful yang meletakkan penekanan kepada semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Rider Yang Boleh Dilampirkan Bersama IKHLASLink Secure Takaful
IKHLASlink Critical Illness Secure Takaful Rider (manfaat pra-bayar / tambahan) IKHLASlink Waiver of Contributions Secure Takaful Rider...